JellyPages.com

ehemm..!

tinta ikhlas dari diri sebagai kenangan yang takkan luput dari hati, mungkin juga sebagai coretan buat anak cucu yang bakal menyambung generasi.. \^,^/

Saturday, May 12, 2012

7 tips belajar untuk pelajar :)

assalamualaikum wrt..

hai bloggie! payah aku nak hupdate sal tips2 ni taw..tapi disebabkan beberape hari lepas aku kena bagi motivasi lam kelas..so aku nak share sket ape motivasi yang aku bagi. haha..eh actually, bukan motivasi tapi tips berguna untuk korang and aku jugak!

macam biasa, supervisor pilih sorang student untuk bagi motivasi time studio or sebelom briefing projek. sekali dye pilih aku. seminggu jugak aku cari tajuk best nak bagi. last2 jumpe tajuk neh..takde la best mane, tapi lecturer puji cara aku sampaikan mende niyh, quite impress!(perasan jap) hehew~

1. ikhlas
ikhlas tu penting dalam melakukan semua perkara. sama macam tuntut ilmu, biarlah ikhlas kerana Allah swt. kalo setakat menuntut ilmu untuk mencapai keuntungan duniawi, untuk jaga nama baik, merendahkan orang lain, ia tidak akan menghasilkan kejayaan yang hakiki disisi Allah..
kita mungkin berjaya n dapat sanjungan manusia, tapi disisi Allah ia adalah sesuatu yang buruk dan bakal memproleh azabNya di akhirat. so, ikhlaskanlah hatimu dalam mengejar ilmu..

2. minat
boleh ke buat sesuatu tanpa minat? macamane nak minat sesuatu subjek tu? ni lah soalan yang kawan2 aku tanya..okay, minat ialah faktor yang dapat menyelesaikan separuh pertama hajat seseorang. separuh kedua ialah usaha untuk membenarkan hajat tersebut.
minat boleh diterapkan dalam diri seseorang dengan memikirkan manfaat kepada diri sendiri, masyarakat di sekeliling dan ditambah dengan ganjaran Allah di akhirat nanti.
senang cite, kalo nak pupuk minat tu, cube pikir macamni..'kalo aku buat mende ni, ape faedah aku dapat ek?' atau 'kalo aku berjaya lam study ni, mesti aku jadi seorang engineer yg berjaya' or bla3..
haa, mesti lepas tu kita akan try jugak sampai minat tu timbul. insyaallah selagi kita tak b'putus asa..

3. bersabar
takde shortcut dalam menuntut ilmu..kita tak boleh duduk je and angan2 diri sendiri umpama sebuah komputer, letak cdrom n install, program terus bejalan. tidak ye kawan2..
menuntut ilmu harus berperingkat n ikut tahap dye. sebab manusia ni dikurniakan kelebihan dan kekurangan tersendiri. berbeza kemampuan dalam mencerna ilmu..ada yang cepat, ade yang lambat n sederhana.
yang penting manusia tu berusaha dengan kemampuan yang ada, dan bersabar di atas usaha tersebut.
hadis nabi saw: ''menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim'' dan baginda tidak bersabda umpama ''menjadi pandai adalah wajib ke atas muslim''
so dats mean yang dituntut oleh islam ialah berusaha menuntut ilmu bukannya menjadi pandai tanpa berusaha terlebih dahulu. rite? 

4. berani menghadapi kegagalan
seorang bayi tidak akan berjalan jika dia enggan menerima risiko terjatuh ketika berjalan. demikian juga seorang penuntut ilmu tidak akan berjaya jika sebelom itu dia enggan menerima risiko tersilap atau gagal.
dan banyak pepatah yang kita dengar, 'belajar dari kegagalan' sebab setiap kesilapan itulah yang mendorong kita mencapai kejayaan sebenar.

5. mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu
manusia menerima dan memproses ilmu dengan pelbagai cara. jika seseorang itu hanya mengikat dirinya kepada satu cara, maka dia akan terikat selama-lamanya dengan cara itu sahaja. apabila cara itu hilang, maka dia takkan memproleh ilmu tu lagi..contohnya, jika kita hanya boleh belajar face-to-face dengan guru kita, jika guru itu tiada maka kita takkan dapat belajar apa2 ilmu lagi.
so, cube perbanyakkan cara untuk belajar. (aku pun tengah cari lagi cara2 dia..hehe)
banyak hasil kajian yang boleh dimanfaatkan, cube2 la search ye ( 7 habits of succesful people) or klik SINI, daya ingatan ( Brain power ), kaedah membaca (speed reading), and (stress management)..dan sewaktu dengannya..

6. menjauhkan perkara yang sia-sia
tips ni pun penting jugak taw..tanpa kita sedarm banyak perkara yang kita buat tu bersifat lagha atau sia2..senang cite, langsung tak mendatangkan faedah kepada diri sendiri. contohnya, merokok, bace majalah artis, mendengar/ melihat/ mencari kesalahan orang lain dan banyak lagi lah..
semua perkara yang sia-sia tu boleh diganti dengan zikir, solat sunat, bacaan al-quran and STUDY! 

7. berdoa dan bertawakal.
setelah berusaha sehabis baik, berdoa dan bertawakallah..insyaallah hasil yang kita peroleh akan setimpal dengan apa yang kita usahakan..
ade beberapa langkah untuk mencapai kejayaan dalam islam iaitu 
 i) berhajat (cita-cita)                                 iv)tawakal
ii)berusaha                                                 v)menyemak semula
iii)berdoa

dats all. semoga bermanfaat ye! :)

Sunday, May 6, 2012

malam apresiasi perancang '12

Hai hai !


Nak buat laporan sikit ni. Hehe..semalam bertarikh 5 haribulan 5 2012, bertempat di dewan sri berlian, KTF, UTM..satu majlis makan malam telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur, 2SBW iaitu clasmates aku yg terchenta. Haha..

my clasmates yg sporting abess !

Yang bangganya, pengacara dinner semalam ialah firdaus johan dan cik ijau ! haha..aku la tu. Ceh, bangga diri plak. Ok tak, sebenanye, memang aku yg jd mc, alhmadulillah..syukur sangat sebab sumenye smooth je. Well-planned by 2SBW.. banyak dah aku trima ucapan tahniah n trima kasih. Especially dari warga senior tahun 4. ‘’ Sama-sama’’..hehe

opps, blurr la plak..huhu~

Dinner semalam bagi meraikan pelajar tahun 4 yg bakal grad tak lama lagi. Dah jadi tradisi kos kitowg ni, dak tahun 2 mmg wajib jadi penganjur. Bagus gak coz masa ni la nak cari pengalaman organize program, ye dak? And aku pun bertuah coz jadi mc semalam. First time you..naseb bek tak gugup. Fuhh~ yang paling bertuah, masa cabutan bertuah tu, aku pun dapat jugak! Memang bertuah abes la semalam.. haha..


Tema dinner kitowang laen dari yang laen sikit. Saje je coz kami ni kreatif orangnye. Cewahh..tema ‘musical nite’ gabungan Bollywood, tadisional, etnik kreatif dan rock! So memang macam2 gaya lah semalam. Lawa seyh.. aku pakai kebaya je, tapi ijau. Ade lak yang cakap aku nak publish name mis green sebab pakai ijau semalam. Haish..

 haha..ni saje je aku pow spek mata lalat ain punye. comei tak? whahaha.. 

vibrant theme ! :D


ATEN, CHA & MLYSHA dengan gaya BOLLYWOOD.. hewhew


Kami prepare agak last minit. Dalam masa tak sampai 2 minggu..sebab memang busy dengan projek n esemen yang berlambak-lambak. Tapi disebabkan dah tarikh yg HEMA luluskan tak lama dah, terpaksa jugak bertungkus lumus handle program ni..AJK2 pun dah tak tahu ape tugas dye. Aku yang tak jadi AJK pn kalot mengalahkan pengarah. Yela, sape tak risau beb.. nak jemput sume pensyarah n pelajar kowt (tahun 1 -4 )..

ni muka2 senior yang dirai malam tadi. dorang ni memang gempak!


Memang minggu last, tidur kami macam tak tido. Tapi tipu la kan kalo cakap tak tido langsung..tapi yela, besenye balik dari dewan dah kul 2 pagi. Hias pentas 1 hal, hadiah, jemputan, n paling pening buat flow majlis. Disebabkan aku mc, terpaksa jugak tolong susun flow majlis. Memang penting la kan tentatif tu..alhamdulillah, sumenye ok. Takde yang spoil. Semalam bole tido dengan lenanye, eh tapi tak jugak sebab kena siapkan English report. Agak spoil tido aku : ( 

 ni di sebalik tabir punye. dasyat kitowang ni, sebab kena re-do projek di saat kalut nak prepare dinner. kebanyakan kami tak tido langsung ! sampai lah hari submission..sadis bangat. -_-

 
haa, ni plak sehari sebelom dinner. sesi membungkus cenderamata buat senior. mug yg ditempah khas, ade gambar masing2 kat mug tuu.. lawa !
 

Untuk gimik, kami reka globe dengan kawat n kertas macam wat tanglung tu..then letak lampu dalam tu. Sebelom DR.hairul rasmi, kami ttup lampu dewan. Hehe..ok la jugak semalam, cume kurang cket coz tak sempat beli mercun. Background music plak khas dari pelajar tahun 3 dengan band dorg. Gempak abes..!
Banyak lagi lah kalo nak cite. Sok pun tak abes ni..walopon tak se-grand yang kat hotel, tapi kat dewan pun gempak jugak. Dengan kerenah masing2 yang memang HAVOC! Loiikee lah. Jumpe lagi malam dinner yang akan datang. Weee~