JellyPages.com

ehemm..!

tinta ikhlas dari diri sebagai kenangan yang takkan luput dari hati, mungkin juga sebagai coretan buat anak cucu yang bakal menyambung generasi.. \^,^/

Friday, May 22, 2015

i got hired. alhamdulillah !

assalamualaikum. 

wah, berhabuk dah blog ni. fuhh fuhh

Nasib boleh log in tadi. aku ingatkan dah bole tanam je blog ni sebab lama gila kot tak update. sebab? nak kata busy tak jugak, tapi lebih pada tak tahu nak story apa. 

Ok kat sini sebenarnya nak share some good news. alhamdulillah dah seminggu aku kerja kat salah satu company engineering. sorry tersalah bidang sikit. pape pun agak tough dia punya task. ni pun aku tak sure boleh bawak ke idok. im still trying my best. 

Boleh dikatakan hampir setahun jugak aku tunggu dapat kerja tetap. Eh takde la tunggu, cari je tapi belom rezeki. Kawan-kawan lain ramai dah bekerjaya, boleh beli kete, ade yang dah kawen. Terdetik juga di hati cemburu tengok kejayaan orang lain, tapi cepat2 istighfar. Rezeki masing2 bukan. Tapi sebelum aku dapat kerja ni, aku jadi guru tuisyen. So nak suggest kat junior or mana2 graduan yang sedang menganggur, try je grab peluang yang ada. Bayaran tuisyen sekitar rm30-40 sejam. Masyuk jugak kalau banyak kelas yang kita ajar. Aku just ajar subjek math and bm. Kadang2 sampai parents tertukar mana student mana cikgunya. hiks. (perasan muda). Kalau anda jenis yang suka bisnes, bole la start berbisnes. Aku ni jenis tak berapa minat, kena ade penguat semangat kot baru bole bisnes. HAHA

Berbalik pada isu cari kerja. Hampir setahun jugak lah otak ni seteress tension sedih dan sewaktu dengannya. walau dah banyak kali hampir give up, tapi cepat2 bangun balik. Banyakkan doa dan solat hajat jugak. Apply kat jobstress (jobstreet) tapi tak pernah2 nak kol aku panggil interview. Cuma beberapa hari yang lepas tetibe jobstreet ada kol aku. LOL. Tapi terpaksa hold dulu sebab aku baru keje sini, then macam best plak kat sini. tapi sebulan dua lagi tak tahu lah cemana perasaannya. haha demm.

Sebelum dapat keje baru2 ni, aku dah plan kalo tak dapat jugak, mungkin aku jadi domestic engineer je dulu (housewife). Encik tunang pun duk ajak kawen je..kite on jela. >,< then alhamdulillah, Allah murahkan rezeki hambaNya yg nak kawen ni. Boleh la saving untuk kenduri nanti. Orang yang paling happy bila tahu aku dapat job ni of course la mak aku. Sebab dia nak sangat tengok aku keje dulu sebelum kawen. Adoi mak..terbalik suda ^,^" Apapun, ni pun berkat doa ma jugak, thanks mom. ilebiu! haa, and thanks jugak bagi kebenaran untuk anak pompuan bongsu ma kawen. kiki -->soon 

so, goodluck untuk bakal2 graduan yang bakal mencari kerja. Real life and real work tak semudah yang disangka. Tudiaa saje buat korang takot. haha. chill adik2, insyaAllah ada rezeki masing2 nanti, cuma lambat atau cepat je.  

Tuesday, August 26, 2014

Penganggur terhormat

Assalamualaikum. dan hai !

Alhamdulillah. still macam tak percaya kan dah habis belajar? I mean habis degree kat UTM terchentaa. seronok? hmm. Nak kata ya, rasa nak geleng kepala. Nak kata tidak, memang tak tahu bersyukur namanya. suam-suam je lah.

sebab tu lah kena hargai tiap detik masa kau masa kat universiti tu. sebab sekarang hari-hari kau rindu student life, zaman gila-gila bersama yang sekepala. tercinta. eh ada ke? haha

dan buat masa ni, masih tercari-cari kerja sesuai. Yelah, kena jugak fikir masa depan. bila bole bank in duit kat mak ayah bulan2, bayar hutang piutang (ptptn), beli kereta, kawen. ehemm. dan macam2 lagi lah.
tapi ingat senang ke cari kerja? memang tak susah, tapi tak semua yg  kita apply tu dapat hokayy.

mencabar bukan. dan time ni la aku mula muhasabah diri. T_T

tiap kali kol ma. rasa nak nangess. Maaf ma sebab rezeki anakmu ni mungkin lambat. tapi ma tak habis bagi kata-kata semangat. Ma pesan jangan putus doa. Same goes to 'someone', thanks a lot for your support.

pernah termimpi sambung master. ayoyo. tapi awal-awal lagi aku tolak offer tu. nak kerja cepat-cepat. nak berbakti kat mak ayah pulak. sekarang ni yang ade master pun employer tak pandang sangat kalau takde job experience. so bagi aku better kerja and cari pengalaman dulu. lepas tu nak sambung or nak hape lantak lah.

kadang-kadang memang rasa down.. Ya Allah sedihnya jadi pengganggur.
dan kadang-kadang cemburu tengok kejayaan orang. astaghfirullah..
dugaan. sepatutnya aku selalu ingat yang semua tu datang dari Dia. Jodoh, rezeki, ajal maut semua dah tertulis. cepat atau lambat je.

post ni memang untuk diri sendiri, tapi yang senasib dengan aku pun boleh la muhasabah diri. hehe

well said,


Monday, June 30, 2014

Izinkan bahagia singgah selamanya

Ternyata, bilamana Allah mengambil sesuatu yang kau sayang,
kau tertanya pada diri sendiri..apa salah kau.
Apa kurangnya kau..
Dan bila kau redha, akhirnya kau sedar..
Rupanya Dia hadiahkan kau pelangi indah
Yang tak pernah terbayang di mana2 ilusi atau mimpi
Dan seperti biasa, kau bersyukur dengan anugerahNya..

Namun, kadangkala masih tersisa pedih itu..
Terkesan dek kekecewaan yang kau alami
Mungkin jua kerana kebodohan sendiri
Kau kira ia mungkin pinjaman sementara..
Sama seperti hari-hari lalu..
Dan disebabkan itu juga, kau letakkan harapan di tempat paling bawah..
Kau kira, jika kau tidak letak harapan yang tinggi, 
kelak kau takkan sakit jika ditakdirkan jatuh..
dan kau pasti bangun dengan gigih untuk menggapai lagi
Tapi sampai bila? Sampai bila harus kau ulang episod sama..
Pasti tidak menarik jalan ceritamu sayang..

ketahuilah..mungkin usaha kau sebelum ini tidak seberapa. 
Mungkin doamu sebelum ini kurang ikhlas..
Dia maha melihat..maha Penyayang.
Letakkan kepercayaanmu padaNya
Ikhlaskan dirimu bila Dia hadirkan yang terbaik disisi
Hilangkan rasa gusarmu, dan tetaplah berdoa semoga ianya pinjaman yg kekal..
hingga syurga Inshaa Allah

Terima kasih pada Dia yang mempertemukan kita
Yang hadirkan insan yang memahami, sudi pinjamkan telinga, hati dan matanya, sebagai cerminan diri, agar tak hanyut dengan dunia semata..

Dan segala yang berlaku pasti ada 1001 hikmahNya.
















Stay strong. Smile. Sweet as u are.  

*dedicated to U. And U know who u are. Thanks for everything  :)


Wednesday, January 1, 2014

kenangan lawak di dusun buah :p

Assalamualaikum.

Kenangan ni akan segar di ingatan, takkan luput ditelan zaman. Tudiaaa

ni kesah kami, pada minggu terakhir kuliah semester 7, sesi 2013/2014. Alkisah nya, kononnya nak create memori dengan team-mate group transport Planning. Usai final presentation petang tu, kami decide nak lepak kat tasik..pekena pisang goreng dan milo ais. Group kami ade 6 laki, 5 perempuan. Nah bukti. hehe 


Dah abis makan2, muncul la pein dan mie singgah pondok kitowang. Entah dari mane idea nak pi rembat buah pulasan. Almaklumla skang ni musim buah rambutan dan pulasan. So kami ni excited kemain nak makan buah, dorang pun ajak la skali. Dekat je pun. Sampai je 1 kebun ni, aku, kakyu n kakna terus langkau pagar yg cam da rosak tu. Perghh, buah dia lebat gile. Ape lagi, petik jelaa. Then budak laki suh cepat2..haha. gaya macam mencuri. Tapi mane la aku tahu, spatutnya kitowang kena mintak dulu kat pagar utama kebun tu.

nampak dak kami tengah semangat ni? HAHAA

Nak dijadikan cerita, 1 pajero lalu then hon kat kitowang. Ape lagi, laju la angkat kaki. Malangnya tak sempat nak start enjin moto, dorang turun then bebel2. Haha.amik kau ! staf2 UTM tu marah kat budak laki..bebel dekat 10 minit tapi smua senyap je. Rupanya dorang tahu, kalo menjawab memang nahas kena. Lepas tu tetibe sorang staff ni pergi kat pajero dia, tanya membe dia tu. ‘’ko ade pen tak? Aku nak amik no.plat motor dorang ni, kasi kat unit keselamatan.’’ Terkezut den. Tak tahu dari mane tetibe aku bley cakap..’ kami mintak maaf bang..tak buat dah..-_- (dengan muka innocent). Abang tu terus cakap ‘Ha, len kali jangan memandai!..pi mintak dulu kat yg jaga tu..bla3. 

Dia tanya, banyak tak korang amik? Kakna jawab..’tak banyak bang, 1 plastik je.. (tapi dia tak tahu kami sempat rembat 1 plastik sampah) HAHAHA
Lepas tu kakna cakap, ‘err takpela, abang amikla buah yg kami petik tu..kami tak tahu..’ then dorang cakap takpela, korang makan jela. Halal la kirenya kan? Kikiki. 15 minit jugak tahan malu, lepas tu slamat. Then sambung lepak tepi tasik makan buah pulak. 
maniiiisss buahnyaa ! ^____^

Sakit perut kitowang duk gelak ingat cite tu. Yang paling lawak kakyu, ‘lari..lari..lari!’ sekali pakgad n staff UTM tercangak depan dia. Hahaha

Budak laki cakap..” korang la budak pompuan paling jahat dalam kelas. Yang laen takde sampai rembat2 buah ni” ade plak yg tambah ‘’ ok ar, atleast ade jugak menda jahat nak buat sebelum grad. Haha’’

Kitorang pun tak sangka boley jadi cemni. Memang ni yang first and last ! haha #serik
At least ade jugak kenangan final year, cipta sejarah gara-gara buah pulasan. Buat lawak saat2 tengah stress dengan keje yang berlambak. Semua kena submit dalam masa seminggu yang kritikal tu.

Thanks uols for the best memory ever ! sayang korang semua. Nanti rindu2 boley la singgah baca cerita yg entah apa2 ni lagi. Hehew..

will miss this moment guys ! 

oh ye, seminggu kemudian, dusun tu dah bukak untuk sumorang. tapi kena bayar la kalo nak bawak kluar. makan2 kat ctu free of charge. haha.. maybe sebab ramai yg kantoi rembat buah kot. cam kami. kikii

the end. see uols next semester ! take care :)

Friday, December 13, 2013

kawan atau lawan

assalamualaikum. 

macam biasa, coretan ni buat diri sendiri dan sesape saje yang rajin membaca. 
ada apa dengan tajuk di atas? hmm. tak tahu macam mana nak mula sebenarnya
               

kawan ni ada macam2 jenis. yang jujur, yang lurus, yang pendengki/ busuk hati mahupun yang hipokrit. maaf agak kasar disitu. memang takde yang sempurna di dunia ni, semua ada kelemahan masing-masing. cuma, dalam persahabatan seharusnya takde istilah 'tikam belakang' atau hipokrit. honest is important one right?

secara jujurnya, aku pun penah jadi hipokrit. itupun sebab kawan tu acting like acsghdbghd kat aku. aku mintak maaf. dan aku teringin sangat nak berdepan, tanya apa sebenarnya masalah dia, ape yg aku ada buat salah dan mintak maaf, lepas tu cakap, ' jomlah kita bersahabat dengan ikhlas, bolehkah?' tapi sampai skang mulut bagaikan terkunci. demm

ade jugak yang jenis tikam belakang. kadang2 dia pikir kite tak tahu apa yang dia cakap pasal kita. tapi Allah tu maha Adil, dia tunjuk jugak perangai kawan tu. mungkin melalui si pencerita atau si batu api yang secara tak sengaja nya membuka cerita. dan mungkin jugak cerita yang sampai tu dah jadi lain. bukan ke fitnah namanya? well said, perkara ni banyak terjadi antara kaum perempuan. juga penyumbang kepada ramainya penghuni neraka adalah dari kaum hawa. astaghfirullah..mintak dijauhkan..

apapun, kita perlu bersikap terbuka, bersangka baik lah. tak semua orang yang melakukan kesilapan akan terus macam tu je, mungkin dia dah bertaubat. mungkin kita yang masih buta lalu buat fitnah macam2. free-free pulak kita dapat dosa. 

kepada yang mengenali diri ini, andai ada banyak kekurangan aku sebelum ni, atau ada terkasar bahasa, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. aku akui memang aku seorang yang suka berterus-terang. bukan nak mengaibkan diri, cuma mahukan persahabatan yang ikhlas dari hati. mana tahu umur aku tak panjang, tak sempat nak mohon ampun dari semua orang..wallahua'lam. 

anggaplah post ni sebagai nasihat yang tak seberapa dari aku pacar yang hina ni. *muka innocent*
kepada semua kawan2 aku, aku memang sayang korang sangat! tanpa korang, takkan ada nilai persahabatan mahupun kenangan sepanjang perkenalan kita. yang selalu ada time susah senang, bagi semangat dan dorongan dan sewaktu dengannya. 

wallahu'alam.. :)

p/s: thanks for being my friends, whoever you are :) 
sincerely, me. 

Friday, November 29, 2013

Rindu !



rindu itu fitrah.
yang dikurniakan kepada kita
oleh Sang Pencipta.

bagaimana boleh hati sangat merindui sebuah jiwa 
yang diri sendiri tidak berapa mengenali

dia yang sangat jauh dimata
tapi sangat dekat dihati

apakah mungkin dia juga rasa apa yang aku rasa?
apakah mungkin kita akan berjumpa?

kadangkala, makin kita rindukan seseorang
makin sukar kita nak jumpa dia
mungkin juga Allah nak jaga kita

jodoh pertemuan kita,
Aku serahkan segalanya pada sang Pencipta.

Semoga takdir menemukan kita kembali
sebagaimana takdir telah mempertemukan kita dahulu.

sentiasa..
sentiasa dalam doaku.

# sesungguhnya, rindu dan cinta itu fitrah
kawal rindu dan cinta dengan DOA. insyaAllah :)


Thursday, October 17, 2013

anak buah yang kiut !

Assalamualaikum. salam aidiladha. 


safely arrived at UTM edy. alhamdulillah, dah tiga tahun aku tak beraya haji kat kampung, tahun ni baru rasa nak balik sambil lepaskan tekanan belajar. *stress kononnya*

balik kampung memang banyak tido je, almaklumlah duk U salu tak cukup tido. kami budak planning memang selalu jadi zombie kat studio, paham-paham jelaa..banyak projek gituhh

selain tido, ada jugak aktiviti laen. which is makan and makan. hahaa. nak sama tembam dengan anak buah dah. sebut sal anak buah, tingat pulak zaman kita jadi babysitter dulu. best sangat sebab aku memang pencinta babies ! especially baby gurl..sebab iols takde adik pompuan. huhu~

dan saya suka lelaki yang gemarkan budak2. bakal bapa yang penyanyang katakan.. ops

okeh, meh nak show off sket. hehe..ni anak buah aku yang ke-4. baru nak belajar merangkak. namanya aizara nawarah. kakaknya aireen umairah. rapat sesangat ngan cik shu dye ni. almaklumlaa, satu2 nya auntie dorang yang still single belom kawen. kikii
  comel tak adik kak toonnn.. ?? hewhew

ni yang aku upload kat insta. sesape nak follow sila follow cik_ijau. nanti aku pertimbangkan nak app ke tidak. yang tak bape nak kenal memang susah ket kita nak app. erm, agaknya cemna rupa anak kita nanti ye? *berangan*

ok, tu je nak cite. ade satu lagi sad story, tapi biarlah kita-kita je yang tahu. because, things happen for a reason. hehe..smile :)