JellyPages.com

ehemm..!

tinta ikhlas dari diri sebagai kenangan yang takkan luput dari hati, mungkin juga sebagai coretan buat anak cucu yang bakal menyambung generasi.. \^,^/

Saturday, May 12, 2012

7 tips belajar untuk pelajar :)

assalamualaikum wrt..

hai bloggie! payah aku nak hupdate sal tips2 ni taw..tapi disebabkan beberape hari lepas aku kena bagi motivasi lam kelas..so aku nak share sket ape motivasi yang aku bagi. haha..eh actually, bukan motivasi tapi tips berguna untuk korang and aku jugak!

macam biasa, supervisor pilih sorang student untuk bagi motivasi time studio or sebelom briefing projek. sekali dye pilih aku. seminggu jugak aku cari tajuk best nak bagi. last2 jumpe tajuk neh..takde la best mane, tapi lecturer puji cara aku sampaikan mende niyh, quite impress!(perasan jap) hehew~

1. ikhlas
ikhlas tu penting dalam melakukan semua perkara. sama macam tuntut ilmu, biarlah ikhlas kerana Allah swt. kalo setakat menuntut ilmu untuk mencapai keuntungan duniawi, untuk jaga nama baik, merendahkan orang lain, ia tidak akan menghasilkan kejayaan yang hakiki disisi Allah..
kita mungkin berjaya n dapat sanjungan manusia, tapi disisi Allah ia adalah sesuatu yang buruk dan bakal memproleh azabNya di akhirat. so, ikhlaskanlah hatimu dalam mengejar ilmu..

2. minat
boleh ke buat sesuatu tanpa minat? macamane nak minat sesuatu subjek tu? ni lah soalan yang kawan2 aku tanya..okay, minat ialah faktor yang dapat menyelesaikan separuh pertama hajat seseorang. separuh kedua ialah usaha untuk membenarkan hajat tersebut.
minat boleh diterapkan dalam diri seseorang dengan memikirkan manfaat kepada diri sendiri, masyarakat di sekeliling dan ditambah dengan ganjaran Allah di akhirat nanti.
senang cite, kalo nak pupuk minat tu, cube pikir macamni..'kalo aku buat mende ni, ape faedah aku dapat ek?' atau 'kalo aku berjaya lam study ni, mesti aku jadi seorang engineer yg berjaya' or bla3..
haa, mesti lepas tu kita akan try jugak sampai minat tu timbul. insyaallah selagi kita tak b'putus asa..

3. bersabar
takde shortcut dalam menuntut ilmu..kita tak boleh duduk je and angan2 diri sendiri umpama sebuah komputer, letak cdrom n install, program terus bejalan. tidak ye kawan2..
menuntut ilmu harus berperingkat n ikut tahap dye. sebab manusia ni dikurniakan kelebihan dan kekurangan tersendiri. berbeza kemampuan dalam mencerna ilmu..ada yang cepat, ade yang lambat n sederhana.
yang penting manusia tu berusaha dengan kemampuan yang ada, dan bersabar di atas usaha tersebut.
hadis nabi saw: ''menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim'' dan baginda tidak bersabda umpama ''menjadi pandai adalah wajib ke atas muslim''
so dats mean yang dituntut oleh islam ialah berusaha menuntut ilmu bukannya menjadi pandai tanpa berusaha terlebih dahulu. rite? 

4. berani menghadapi kegagalan
seorang bayi tidak akan berjalan jika dia enggan menerima risiko terjatuh ketika berjalan. demikian juga seorang penuntut ilmu tidak akan berjaya jika sebelom itu dia enggan menerima risiko tersilap atau gagal.
dan banyak pepatah yang kita dengar, 'belajar dari kegagalan' sebab setiap kesilapan itulah yang mendorong kita mencapai kejayaan sebenar.

5. mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu
manusia menerima dan memproses ilmu dengan pelbagai cara. jika seseorang itu hanya mengikat dirinya kepada satu cara, maka dia akan terikat selama-lamanya dengan cara itu sahaja. apabila cara itu hilang, maka dia takkan memproleh ilmu tu lagi..contohnya, jika kita hanya boleh belajar face-to-face dengan guru kita, jika guru itu tiada maka kita takkan dapat belajar apa2 ilmu lagi.
so, cube perbanyakkan cara untuk belajar. (aku pun tengah cari lagi cara2 dia..hehe)
banyak hasil kajian yang boleh dimanfaatkan, cube2 la search ye ( 7 habits of succesful people) or klik SINI, daya ingatan ( Brain power ), kaedah membaca (speed reading), and (stress management)..dan sewaktu dengannya..

6. menjauhkan perkara yang sia-sia
tips ni pun penting jugak taw..tanpa kita sedarm banyak perkara yang kita buat tu bersifat lagha atau sia2..senang cite, langsung tak mendatangkan faedah kepada diri sendiri. contohnya, merokok, bace majalah artis, mendengar/ melihat/ mencari kesalahan orang lain dan banyak lagi lah..
semua perkara yang sia-sia tu boleh diganti dengan zikir, solat sunat, bacaan al-quran and STUDY! 

7. berdoa dan bertawakal.
setelah berusaha sehabis baik, berdoa dan bertawakallah..insyaallah hasil yang kita peroleh akan setimpal dengan apa yang kita usahakan..
ade beberapa langkah untuk mencapai kejayaan dalam islam iaitu 
 i) berhajat (cita-cita)                                 iv)tawakal
ii)berusaha                                                 v)menyemak semula
iii)berdoa

dats all. semoga bermanfaat ye! :)

1 comment: