JellyPages.com

ehemm..!

tinta ikhlas dari diri sebagai kenangan yang takkan luput dari hati, mungkin juga sebagai coretan buat anak cucu yang bakal menyambung generasi.. \^,^/

Monday, June 30, 2014

Izinkan bahagia singgah selamanya

Ternyata, bilamana Allah mengambil sesuatu yang kau sayang,
kau tertanya pada diri sendiri..apa salah kau.
Apa kurangnya kau..
Dan bila kau redha, akhirnya kau sedar..
Rupanya Dia hadiahkan kau pelangi indah
Yang tak pernah terbayang di mana2 ilusi atau mimpi
Dan seperti biasa, kau bersyukur dengan anugerahNya..

Namun, kadangkala masih tersisa pedih itu..
Terkesan dek kekecewaan yang kau alami
Mungkin jua kerana kebodohan sendiri
Kau kira ia mungkin pinjaman sementara..
Sama seperti hari-hari lalu..
Dan disebabkan itu juga, kau letakkan harapan di tempat paling bawah..
Kau kira, jika kau tidak letak harapan yang tinggi, 
kelak kau takkan sakit jika ditakdirkan jatuh..
dan kau pasti bangun dengan gigih untuk menggapai lagi
Tapi sampai bila? Sampai bila harus kau ulang episod sama..
Pasti tidak menarik jalan ceritamu sayang..

ketahuilah..mungkin usaha kau sebelum ini tidak seberapa. 
Mungkin doamu sebelum ini kurang ikhlas..
Dia maha melihat..maha Penyayang.
Letakkan kepercayaanmu padaNya
Ikhlaskan dirimu bila Dia hadirkan yang terbaik disisi
Hilangkan rasa gusarmu, dan tetaplah berdoa semoga ianya pinjaman yg kekal..
hingga syurga Inshaa Allah

Terima kasih pada Dia yang mempertemukan kita
Yang hadirkan insan yang memahami, sudi pinjamkan telinga, hati dan matanya, sebagai cerminan diri, agar tak hanyut dengan dunia semata..

Dan segala yang berlaku pasti ada 1001 hikmahNya.
















Stay strong. Smile. Sweet as u are.  

*dedicated to U. And U know who u are. Thanks for everything  :)


Wednesday, January 1, 2014

kenangan lawak di dusun buah :p

Assalamualaikum.

Kenangan ni akan segar di ingatan, takkan luput ditelan zaman. Tudiaaa

ni kesah kami, pada minggu terakhir kuliah semester 7, sesi 2013/2014. Alkisah nya, kononnya nak create memori dengan team-mate group transport Planning. Usai final presentation petang tu, kami decide nak lepak kat tasik..pekena pisang goreng dan milo ais. Group kami ade 6 laki, 5 perempuan. Nah bukti. hehe 


Dah abis makan2, muncul la pein dan mie singgah pondok kitowang. Entah dari mane idea nak pi rembat buah pulasan. Almaklumla skang ni musim buah rambutan dan pulasan. So kami ni excited kemain nak makan buah, dorang pun ajak la skali. Dekat je pun. Sampai je 1 kebun ni, aku, kakyu n kakna terus langkau pagar yg cam da rosak tu. Perghh, buah dia lebat gile. Ape lagi, petik jelaa. Then budak laki suh cepat2..haha. gaya macam mencuri. Tapi mane la aku tahu, spatutnya kitowang kena mintak dulu kat pagar utama kebun tu.

nampak dak kami tengah semangat ni? HAHAA

Nak dijadikan cerita, 1 pajero lalu then hon kat kitowang. Ape lagi, laju la angkat kaki. Malangnya tak sempat nak start enjin moto, dorang turun then bebel2. Haha.amik kau ! staf2 UTM tu marah kat budak laki..bebel dekat 10 minit tapi smua senyap je. Rupanya dorang tahu, kalo menjawab memang nahas kena. Lepas tu tetibe sorang staff ni pergi kat pajero dia, tanya membe dia tu. ‘’ko ade pen tak? Aku nak amik no.plat motor dorang ni, kasi kat unit keselamatan.’’ Terkezut den. Tak tahu dari mane tetibe aku bley cakap..’ kami mintak maaf bang..tak buat dah..-_- (dengan muka innocent). Abang tu terus cakap ‘Ha, len kali jangan memandai!..pi mintak dulu kat yg jaga tu..bla3. 

Dia tanya, banyak tak korang amik? Kakna jawab..’tak banyak bang, 1 plastik je.. (tapi dia tak tahu kami sempat rembat 1 plastik sampah) HAHAHA
Lepas tu kakna cakap, ‘err takpela, abang amikla buah yg kami petik tu..kami tak tahu..’ then dorang cakap takpela, korang makan jela. Halal la kirenya kan? Kikiki. 15 minit jugak tahan malu, lepas tu slamat. Then sambung lepak tepi tasik makan buah pulak. 
maniiiisss buahnyaa ! ^____^

Sakit perut kitowang duk gelak ingat cite tu. Yang paling lawak kakyu, ‘lari..lari..lari!’ sekali pakgad n staff UTM tercangak depan dia. Hahaha

Budak laki cakap..” korang la budak pompuan paling jahat dalam kelas. Yang laen takde sampai rembat2 buah ni” ade plak yg tambah ‘’ ok ar, atleast ade jugak menda jahat nak buat sebelum grad. Haha’’

Kitorang pun tak sangka boley jadi cemni. Memang ni yang first and last ! haha #serik
At least ade jugak kenangan final year, cipta sejarah gara-gara buah pulasan. Buat lawak saat2 tengah stress dengan keje yang berlambak. Semua kena submit dalam masa seminggu yang kritikal tu.

Thanks uols for the best memory ever ! sayang korang semua. Nanti rindu2 boley la singgah baca cerita yg entah apa2 ni lagi. Hehew..

will miss this moment guys ! 

oh ye, seminggu kemudian, dusun tu dah bukak untuk sumorang. tapi kena bayar la kalo nak bawak kluar. makan2 kat ctu free of charge. haha.. maybe sebab ramai yg kantoi rembat buah kot. cam kami. kikii

the end. see uols next semester ! take care :)

Friday, December 13, 2013

kawan atau lawan

assalamualaikum. 

macam biasa, coretan ni buat diri sendiri dan sesape saje yang rajin membaca. 
ada apa dengan tajuk di atas? hmm. tak tahu macam mana nak mula sebenarnya
               

kawan ni ada macam2 jenis. yang jujur, yang lurus, yang pendengki/ busuk hati mahupun yang hipokrit. maaf agak kasar disitu. memang takde yang sempurna di dunia ni, semua ada kelemahan masing-masing. cuma, dalam persahabatan seharusnya takde istilah 'tikam belakang' atau hipokrit. honest is important one right?

secara jujurnya, aku pun penah jadi hipokrit. itupun sebab kawan tu acting like acsghdbghd kat aku. aku mintak maaf. dan aku teringin sangat nak berdepan, tanya apa sebenarnya masalah dia, ape yg aku ada buat salah dan mintak maaf, lepas tu cakap, ' jomlah kita bersahabat dengan ikhlas, bolehkah?' tapi sampai skang mulut bagaikan terkunci. demm

ade jugak yang jenis tikam belakang. kadang2 dia pikir kite tak tahu apa yang dia cakap pasal kita. tapi Allah tu maha Adil, dia tunjuk jugak perangai kawan tu. mungkin melalui si pencerita atau si batu api yang secara tak sengaja nya membuka cerita. dan mungkin jugak cerita yang sampai tu dah jadi lain. bukan ke fitnah namanya? well said, perkara ni banyak terjadi antara kaum perempuan. juga penyumbang kepada ramainya penghuni neraka adalah dari kaum hawa. astaghfirullah..mintak dijauhkan..

apapun, kita perlu bersikap terbuka, bersangka baik lah. tak semua orang yang melakukan kesilapan akan terus macam tu je, mungkin dia dah bertaubat. mungkin kita yang masih buta lalu buat fitnah macam2. free-free pulak kita dapat dosa. 

kepada yang mengenali diri ini, andai ada banyak kekurangan aku sebelum ni, atau ada terkasar bahasa, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. aku akui memang aku seorang yang suka berterus-terang. bukan nak mengaibkan diri, cuma mahukan persahabatan yang ikhlas dari hati. mana tahu umur aku tak panjang, tak sempat nak mohon ampun dari semua orang..wallahua'lam. 

anggaplah post ni sebagai nasihat yang tak seberapa dari aku pacar yang hina ni. *muka innocent*
kepada semua kawan2 aku, aku memang sayang korang sangat! tanpa korang, takkan ada nilai persahabatan mahupun kenangan sepanjang perkenalan kita. yang selalu ada time susah senang, bagi semangat dan dorongan dan sewaktu dengannya. 

wallahu'alam.. :)

p/s: thanks for being my friends, whoever you are :) 
sincerely, me. 

Friday, November 29, 2013

Rindu !



rindu itu fitrah.
yang dikurniakan kepada kita
oleh Sang Pencipta.

bagaimana boleh hati sangat merindui sebuah jiwa 
yang diri sendiri tidak berapa mengenali

dia yang sangat jauh dimata
tapi sangat dekat dihati

apakah mungkin dia juga rasa apa yang aku rasa?
apakah mungkin kita akan berjumpa?

kadangkala, makin kita rindukan seseorang
makin sukar kita nak jumpa dia
mungkin juga Allah nak jaga kita

jodoh pertemuan kita,
Aku serahkan segalanya pada sang Pencipta.

Semoga takdir menemukan kita kembali
sebagaimana takdir telah mempertemukan kita dahulu.

sentiasa..
sentiasa dalam doaku.

# sesungguhnya, rindu dan cinta itu fitrah
kawal rindu dan cinta dengan DOA. insyaAllah :)


Thursday, October 17, 2013

anak buah yang kiut !

Assalamualaikum. salam aidiladha. 


safely arrived at UTM edy. alhamdulillah, dah tiga tahun aku tak beraya haji kat kampung, tahun ni baru rasa nak balik sambil lepaskan tekanan belajar. *stress kononnya*

balik kampung memang banyak tido je, almaklumlah duk U salu tak cukup tido. kami budak planning memang selalu jadi zombie kat studio, paham-paham jelaa..banyak projek gituhh

selain tido, ada jugak aktiviti laen. which is makan and makan. hahaa. nak sama tembam dengan anak buah dah. sebut sal anak buah, tingat pulak zaman kita jadi babysitter dulu. best sangat sebab aku memang pencinta babies ! especially baby gurl..sebab iols takde adik pompuan. huhu~

dan saya suka lelaki yang gemarkan budak2. bakal bapa yang penyanyang katakan.. ops

okeh, meh nak show off sket. hehe..ni anak buah aku yang ke-4. baru nak belajar merangkak. namanya aizara nawarah. kakaknya aireen umairah. rapat sesangat ngan cik shu dye ni. almaklumlaa, satu2 nya auntie dorang yang still single belom kawen. kikii
  comel tak adik kak toonnn.. ?? hewhew

ni yang aku upload kat insta. sesape nak follow sila follow cik_ijau. nanti aku pertimbangkan nak app ke tidak. yang tak bape nak kenal memang susah ket kita nak app. erm, agaknya cemna rupa anak kita nanti ye? *berangan*

ok, tu je nak cite. ade satu lagi sad story, tapi biarlah kita-kita je yang tahu. because, things happen for a reason. hehe..smile :)


Sunday, July 7, 2013

kawan vs sahabat

Assalamuailakum. Hai ! lame tak berblog. Biasalah, tengah busy dengan internship selama 3 bulan. Ni merupakan kali ke2 aku wat intern, saje fakulti suh kami dapat pengalaman lebih gituu.

Sebenarnya, entry ni ditulis sebab nak lepaskan rindu kat kawan2 kesayangan sebab tengah sunyi rindu sangat tanpa dorang. kerinduan mula menerjah hati, blerghh..

Nak dipendekkan cerita, dari awal study kat UTM sampai la nak masuk final year, dah macam2 orang aku jumpe. Ada kawan baik, kawan makan kawan, kawan yang pentingkan diri dan sewaktu dengannya. Tapi tak menyesal pon kenal dorang, sebab dari situ aku boley belajar kenal diri sendiri dan menghargai apa yang aku ada.

Dari tahun 1, aku rapat ngan roommate aku. Biasala, nama pun teman sebilik. Semua nak cite kat dia. Tapi dia dah ada boypren, so takde la nak berkepit ngan aku doploh pat jam kan. Tapi takpe, sebab aku ni understanding orangnye. so kawan je baek2. siap pegi jenjalan umah dye lagi kat maran tu. Cewahh..

Tahun ke2 lak, aku banyak menyendiri sebenarnya. Sedih kan? Eh tapi aku okei je..tapi takde lah salu. Roommate baru..ade tapi dye banyak ngan geng dia. And aku pon tak kesah sbb suke bawak diri..bergantung pada keadaanlah kan. At da same time, aku rapat ngan kawan laki. Bukan sorang, tapi ade 2-3 orang. Ade jugak yg kenal thru fesbukk. Hihi. Mostly budak sama negeri. Biasalah, best sebab sume otak gila2. Tapi just kawan biasa, tak lebih..aku tahu batas yang aku perlu jaga. and ade sorang kawan yg still rapat sampai skang. Mostly kawan pompuan aku pon kenal. Well, he’s quite understanding. Seorang pendengar yg baik jugak. Mungkin sebab sama2 single, so tak perlu nak jaga hati orang lain, Cuma ramai yang ingat kami ni ada pape. Aku cuma boleh wat derk je -_-

Tahun ke 3, tahun yang penuh memory best bagi aku. Mungkin sebab aku dah jumpa kawan sekepala yang sangat memahami. Dorang pon gila2, nakal cam aku jugak. *ehemm. Sedikit sebanyak perangai pon dah lebih kurang je..banyak event, group studio dan macam2 aktiviti yg kami buat sama2 yg jadikan aku sebahagian dari mereka. Yang lain pon still rapat, kawan laki aku tu pon aku still rapat. I love they all damn much.! Banyak yang aku belajar dari dorang, yang mematangkan aku dan buatkan aku lebih menghargai masa2 yang ada..alhamdulillah.. terima kasih kpd Dia yang menemukan kami ;)
mane satu idaman hati? kehkehh

Bila kat rumah, aku rindu saat2 kami di Utm, makan berjemaah, lepak sesame, malam2 dengar suara dorang mengaji quran..bila ada masalah, share n saling bagi nasihat.. dorang dah 1 group sebenanye, aku yang jadi ahli baru n join dorang. So thanks a lot guys for care and sweet moments ever. Im really appreciate it. *Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kita n kejayaan semua. inshaaAllah. 


Paling best, bila sama2 buat lawak n gelak sampai tak ingat dunia. Waa, rindunya. Tsskk tskk T_T
Kami pernah bet pasal kawen, teka tekuk sapa antara kami yang kawen dulu. Jeng jengg, just wait n see lah~ haha. Most of us ramai yang dah berpunya. Bestnya hampaaa..ni tak sabaq jugak nii. Kekehh

Tinggal setahun lagi nak spend masa ngan dorang. Dengan rakan sekelas yang sporting habis. Batch yang paling bagus abad ini * bak kata lecturer kami * mihmihh. Saje nak amik hati kami letuww. Will miss our times when we r together. Soon. Insha allah, pray for this relationship. Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya. Amiinnn..

Saturday, May 25, 2013

bbq nite & futsal tournament of 3sbw


Assalamualaikum wrt

Memang dah lama gile tak update kan? Pejam celik dah smpai hujung semester 6. Wah..sem depan dah final year! Macam tak pcaye je..btw, semalam merupakan hari last untuk studio sem ni. Malam sbelum tu kami celebrate studio dengan bbq + majlis psaraan Dr.Anuar. even buat kat fakulti je, tapi still meriah ! dengan gelak ketawa 3sbw dicampur dengan pensyarah2 yang sporting abes..



 Hari jumaat petang lak kami ke studio untuk sesi feedback n peer assessment. Penting jugak tu sebab 15% penyumbang kepada gred studio. Fuhh. But  dpens on our commitment to other members as well. Lepas solat asar, kami warga 3sbw beramai2 ke court futsal dekat stadium tu. Tournament yg sangat sengit mula2 tu.. bila gadis2 3sbw maen, memang duk gelak jela.. tp second game, aku sbagai keeper terhormat dapat mnyelamatkan smua bola daripada msuk gol. Haha..cian pihak lawan. So kami menang 4-0. Player laki pon menang gak. Brape gol ntah. Aku pandai sorak je.. tapi Dr.nizam pn sempat sumbang gol smalam. Hbat seyh.. :p

Haaa, ni aksi kami ‘workbase 1’ yang gile kentangg! Abaikan banner ‘buasir’ tu. Actually banner tu stand for ‘ BUkan SInar Rancang’ – sekadar sindiran kepada workbase 2. Hahaa

Selesai game futsal, kami lawan tarik tali pulak. Aku yang depan skali tak tahu bape kali melayang. Sumpah sakit badan n tangan. Tapi best wa cakap lu.. dah lame kot xmaen tarik tali ni. Bese sukan rakyat je ade maen kan.. sadis! Kami kalah sebab pihak lawan badan besau2..hihi. aku siap terguling kena tarik.

Tapi agak spoil time budak laki maen. Ade yang ter’emo tetibe sound bila kawan dye kena tarik sampai terjerut tali tu kat pinggang. Then sume angin. Terkejut gak time tuu.. tapi sekejap jela..aku sempat sound suh mintak map. Plus dorang xtahu ade yang terjerat tali.. malu kat lecturer time tu. Tapi lastly sume bermaafan..alhamdulillah.. maybe sebab terlampau seronok, tu yang berakhir camtu.

Malam tu sume duk bermaafan post kat group fb.. yela, sebab kami sume dah mcm 1 pmly.. semoga ukhuwah ni akan berkekalan smpai bila2.. sumpah aku sayang semua 58 orang clasmates aku !

So, berakhirlah minggu2  pembelajaran kami sebagai student planning thun 3. Yang pastinye next sem studio yang lagi mencabar bagi feasibility study n PSM 1. Fuhh, seramm! Last but not least, say HI to final exam n practical training !

Babai n salam sabtu :)