JellyPages.com

ehemm..!

tinta ikhlas dari diri sebagai kenangan yang takkan luput dari hati, mungkin juga sebagai coretan buat anak cucu yang bakal menyambung generasi.. \^,^/

Monday, June 30, 2014

Izinkan bahagia singgah selamanya

Ternyata, bilamana Allah mengambil sesuatu yang kau sayang,
kau tertanya pada diri sendiri..apa salah kau.
Apa kurangnya kau..
Dan bila kau redha, akhirnya kau sedar..
Rupanya Dia hadiahkan kau pelangi indah
Yang tak pernah terbayang di mana2 ilusi atau mimpi
Dan seperti biasa, kau bersyukur dengan anugerahNya..

Namun, kadangkala masih tersisa pedih itu..
Terkesan dek kekecewaan yang kau alami
Mungkin jua kerana kebodohan sendiri
Kau kira ia mungkin pinjaman sementara..
Sama seperti hari-hari lalu..
Dan disebabkan itu juga, kau letakkan harapan di tempat paling bawah..
Kau kira, jika kau tidak letak harapan yang tinggi, 
kelak kau takkan sakit jika ditakdirkan jatuh..
dan kau pasti bangun dengan gigih untuk menggapai lagi
Tapi sampai bila? Sampai bila harus kau ulang episod sama..
Pasti tidak menarik jalan ceritamu sayang..

ketahuilah..mungkin usaha kau sebelum ini tidak seberapa. 
Mungkin doamu sebelum ini kurang ikhlas..
Dia maha melihat..maha Penyayang.
Letakkan kepercayaanmu padaNya
Ikhlaskan dirimu bila Dia hadirkan yang terbaik disisi
Hilangkan rasa gusarmu, dan tetaplah berdoa semoga ianya pinjaman yg kekal..
hingga syurga Inshaa Allah

Terima kasih pada Dia yang mempertemukan kita
Yang hadirkan insan yang memahami, sudi pinjamkan telinga, hati dan matanya, sebagai cerminan diri, agar tak hanyut dengan dunia semata..

Dan segala yang berlaku pasti ada 1001 hikmahNya.
















Stay strong. Smile. Sweet as u are.  

*dedicated to U. And U know who u are. Thanks for everything  :)


No comments:

Post a Comment