Alhamdulillah. still macam tak percaya kan dah habis belajar? I mean habis degree kat UTM terchentaa. seronok? hmm. Nak kata ya, rasa nak geleng kepala. Nak kata tidak, memang tak tahu bersyukur namanya. suam-suam je lah.
sebab tu lah kena hargai tiap detik masa kau masa kat universiti tu. sebab sekarang hari-hari kau rindu student life, zaman gila-gila bersama yang sekepala. tercinta. eh ada ke? haha
dan buat masa ni, masih tercari-cari kerja sesuai. Yelah, kena jugak fikir masa depan. bila bole bank in duit kat mak ayah bulan2, bayar hutang piutang
tapi ingat senang ke cari kerja? memang tak susah, tapi tak semua yg kita apply tu dapat hokayy.
mencabar bukan. dan time ni la aku mula muhasabah diri. T_T
tiap kali kol ma. rasa nak nangess. Maaf ma sebab rezeki anakmu ni mungkin lambat. tapi ma tak habis bagi kata-kata semangat. Ma pesan jangan putus doa. Same goes to 'someone', thanks a lot for your support.
pernah termimpi sambung master. ayoyo. tapi awal-awal lagi aku tolak offer tu. nak kerja cepat-cepat. nak berbakti kat mak ayah pulak. sekarang ni yang ade master pun employer tak pandang sangat kalau takde job experience. so bagi aku better kerja and cari pengalaman dulu. lepas tu nak sambung or nak hape lantak lah.
kadang-kadang memang rasa down.. Ya Allah sedihnya jadi
dan kadang-kadang cemburu tengok kejayaan orang. astaghfirullah..
dugaan. sepatutnya aku selalu ingat yang semua tu datang dari Dia. Jodoh, rezeki, ajal maut semua dah tertulis. cepat atau lambat je.
post ni memang untuk diri sendiri, tapi yang senasib dengan aku pun boleh la muhasabah diri. hehe
well said,



No comments:
Post a Comment