JellyPages.com

ehemm..!

tinta ikhlas dari diri sebagai kenangan yang takkan luput dari hati, mungkin juga sebagai coretan buat anak cucu yang bakal menyambung generasi.. \^,^/

Tuesday, August 26, 2014

Penganggur terhormat

Assalamualaikum. dan hai !

Alhamdulillah. still macam tak percaya kan dah habis belajar? I mean habis degree kat UTM terchentaa. seronok? hmm. Nak kata ya, rasa nak geleng kepala. Nak kata tidak, memang tak tahu bersyukur namanya. suam-suam je lah.

sebab tu lah kena hargai tiap detik masa kau masa kat universiti tu. sebab sekarang hari-hari kau rindu student life, zaman gila-gila bersama yang sekepala. tercinta. eh ada ke? haha

dan buat masa ni, masih tercari-cari kerja sesuai. Yelah, kena jugak fikir masa depan. bila bole bank in duit kat mak ayah bulan2, bayar hutang piutang (ptptn), beli kereta, kawen. ehemm. dan macam2 lagi lah.
tapi ingat senang ke cari kerja? memang tak susah, tapi tak semua yg  kita apply tu dapat hokayy.

mencabar bukan. dan time ni la aku mula muhasabah diri. T_T

tiap kali kol ma. rasa nak nangess. Maaf ma sebab rezeki anakmu ni mungkin lambat. tapi ma tak habis bagi kata-kata semangat. Ma pesan jangan putus doa. Same goes to 'someone', thanks a lot for your support.

pernah termimpi sambung master. ayoyo. tapi awal-awal lagi aku tolak offer tu. nak kerja cepat-cepat. nak berbakti kat mak ayah pulak. sekarang ni yang ade master pun employer tak pandang sangat kalau takde job experience. so bagi aku better kerja and cari pengalaman dulu. lepas tu nak sambung or nak hape lantak lah.

kadang-kadang memang rasa down.. Ya Allah sedihnya jadi pengganggur.
dan kadang-kadang cemburu tengok kejayaan orang. astaghfirullah..
dugaan. sepatutnya aku selalu ingat yang semua tu datang dari Dia. Jodoh, rezeki, ajal maut semua dah tertulis. cepat atau lambat je.

post ni memang untuk diri sendiri, tapi yang senasib dengan aku pun boleh la muhasabah diri. hehe

well said,


Monday, June 30, 2014

Izinkan bahagia singgah selamanya

Ternyata, bilamana Allah mengambil sesuatu yang kau sayang,
kau tertanya pada diri sendiri..apa salah kau.
Apa kurangnya kau..
Dan bila kau redha, akhirnya kau sedar..
Rupanya Dia hadiahkan kau pelangi indah
Yang tak pernah terbayang di mana2 ilusi atau mimpi
Dan seperti biasa, kau bersyukur dengan anugerahNya..

Namun, kadangkala masih tersisa pedih itu..
Terkesan dek kekecewaan yang kau alami
Mungkin jua kerana kebodohan sendiri
Kau kira ia mungkin pinjaman sementara..
Sama seperti hari-hari lalu..
Dan disebabkan itu juga, kau letakkan harapan di tempat paling bawah..
Kau kira, jika kau tidak letak harapan yang tinggi, 
kelak kau takkan sakit jika ditakdirkan jatuh..
dan kau pasti bangun dengan gigih untuk menggapai lagi
Tapi sampai bila? Sampai bila harus kau ulang episod sama..
Pasti tidak menarik jalan ceritamu sayang..

ketahuilah..mungkin usaha kau sebelum ini tidak seberapa. 
Mungkin doamu sebelum ini kurang ikhlas..
Dia maha melihat..maha Penyayang.
Letakkan kepercayaanmu padaNya
Ikhlaskan dirimu bila Dia hadirkan yang terbaik disisi
Hilangkan rasa gusarmu, dan tetaplah berdoa semoga ianya pinjaman yg kekal..
hingga syurga Inshaa Allah

Terima kasih pada Dia yang mempertemukan kita
Yang hadirkan insan yang memahami, sudi pinjamkan telinga, hati dan matanya, sebagai cerminan diri, agar tak hanyut dengan dunia semata..

Dan segala yang berlaku pasti ada 1001 hikmahNya.
















Stay strong. Smile. Sweet as u are.  

*dedicated to U. And U know who u are. Thanks for everything  :)


Wednesday, January 1, 2014

kenangan lawak di dusun buah :p

Assalamualaikum.

Kenangan ni akan segar di ingatan, takkan luput ditelan zaman. Tudiaaa

ni kesah kami, pada minggu terakhir kuliah semester 7, sesi 2013/2014. Alkisah nya, kononnya nak create memori dengan team-mate group transport Planning. Usai final presentation petang tu, kami decide nak lepak kat tasik..pekena pisang goreng dan milo ais. Group kami ade 6 laki, 5 perempuan. Nah bukti. hehe 


Dah abis makan2, muncul la pein dan mie singgah pondok kitowang. Entah dari mane idea nak pi rembat buah pulasan. Almaklumla skang ni musim buah rambutan dan pulasan. So kami ni excited kemain nak makan buah, dorang pun ajak la skali. Dekat je pun. Sampai je 1 kebun ni, aku, kakyu n kakna terus langkau pagar yg cam da rosak tu. Perghh, buah dia lebat gile. Ape lagi, petik jelaa. Then budak laki suh cepat2..haha. gaya macam mencuri. Tapi mane la aku tahu, spatutnya kitowang kena mintak dulu kat pagar utama kebun tu.

nampak dak kami tengah semangat ni? HAHAA

Nak dijadikan cerita, 1 pajero lalu then hon kat kitowang. Ape lagi, laju la angkat kaki. Malangnya tak sempat nak start enjin moto, dorang turun then bebel2. Haha.amik kau ! staf2 UTM tu marah kat budak laki..bebel dekat 10 minit tapi smua senyap je. Rupanya dorang tahu, kalo menjawab memang nahas kena. Lepas tu tetibe sorang staff ni pergi kat pajero dia, tanya membe dia tu. ‘’ko ade pen tak? Aku nak amik no.plat motor dorang ni, kasi kat unit keselamatan.’’ Terkezut den. Tak tahu dari mane tetibe aku bley cakap..’ kami mintak maaf bang..tak buat dah..-_- (dengan muka innocent). Abang tu terus cakap ‘Ha, len kali jangan memandai!..pi mintak dulu kat yg jaga tu..bla3. 

Dia tanya, banyak tak korang amik? Kakna jawab..’tak banyak bang, 1 plastik je.. (tapi dia tak tahu kami sempat rembat 1 plastik sampah) HAHAHA
Lepas tu kakna cakap, ‘err takpela, abang amikla buah yg kami petik tu..kami tak tahu..’ then dorang cakap takpela, korang makan jela. Halal la kirenya kan? Kikiki. 15 minit jugak tahan malu, lepas tu slamat. Then sambung lepak tepi tasik makan buah pulak. 
maniiiisss buahnyaa ! ^____^

Sakit perut kitowang duk gelak ingat cite tu. Yang paling lawak kakyu, ‘lari..lari..lari!’ sekali pakgad n staff UTM tercangak depan dia. Hahaha

Budak laki cakap..” korang la budak pompuan paling jahat dalam kelas. Yang laen takde sampai rembat2 buah ni” ade plak yg tambah ‘’ ok ar, atleast ade jugak menda jahat nak buat sebelum grad. Haha’’

Kitorang pun tak sangka boley jadi cemni. Memang ni yang first and last ! haha #serik
At least ade jugak kenangan final year, cipta sejarah gara-gara buah pulasan. Buat lawak saat2 tengah stress dengan keje yang berlambak. Semua kena submit dalam masa seminggu yang kritikal tu.

Thanks uols for the best memory ever ! sayang korang semua. Nanti rindu2 boley la singgah baca cerita yg entah apa2 ni lagi. Hehew..

will miss this moment guys ! 

oh ye, seminggu kemudian, dusun tu dah bukak untuk sumorang. tapi kena bayar la kalo nak bawak kluar. makan2 kat ctu free of charge. haha.. maybe sebab ramai yg kantoi rembat buah kot. cam kami. kikii

the end. see uols next semester ! take care :)